Madrasah Rahmaniah, Kg Neting, Tumpat

 

 

Alamat Perhubungan

 

Madrasah Ar-Rahmaniah

Pondok Kg Neting, 16200 Tumpat, Kelantan

No. Telefon : 014-5075528 (Ustaz Hakimi)

 

 

Sejarah Penubuhan

 

Pondok Neting telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Kampung Neting, Jajahan Tumpat. Mudir Pondok Kg Neting iaitu al-Fadhil Ustaz Muslim bin Zakaria atas permintaan dan cadangan daripada bapa mertuanya Ustaz Hj Abdul Rahman telah bertungkus lumus dengan beberapa orang tenaga penting yang lain dalam mengimarahkan pondok ini. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya bilangan pondok bagi jajahan Tumpat untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari Thailand

 

Lokasi

 

Terletak di Kg Neting, Tumpat kira-kira 7 km dari Pekan Pengkalan Kubur

 

Kategori Pelajar

 

  1. Pelajar lelaki bujang berumur 13 tahun ke atas
  2. Pelajar perempuan bujang berumur 13 tahun ke atas
  3. Pelajar kelamin
  4. Warga emas lelaki dan perempuan

 

Sukatan Pengajian

 

Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.

 

Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab

 

Pondok ini juga menyediakan pengajian tahfiz bagi pelajar yang berkelayakan